beg saya !

Macam ini ceritanya ..hari itu saya dengan kawan saya seramai 4 orang naik bas loncat dari Kuala Selangor --> Klang Lama ! mula2 naik bas ,kitorang berempat tak dapat sit sebab dah penuh ! then,kitorang pun ambil keputusan untuk berdiri lahh ..beberapa minit kitorang naik ..bas tu pun bergerak meninggalkan stesen bas kuala selangor tuhh !
ini dia stesen bas kuala selangor :)
punya tengah riuh bas tuhh ..tiba2 ada seorang penumpang nak turun ,teeeeetttttt ! bunyi loceng bas ..itu menandakan da orang nak turun . So ,saya yang duduk kat depan pintu ini pun kasi lahh laluan untuk penumpang nie turun . Sebaik sahaja penumpang itu turun ,pintu bas pun tertutup dengan perlahan . Tiba-tiba kawan saya Fitrah (bukan nama sebenar) memanggil namaku dan lantas menuding jari kearah pintu yang hendak tertutup itu . Alangkah terkejutnya saya apabila melihat beg saya terjatuh dari bas. Nak tahu muka saya macam mana ???
macam ini lahh reaksi muka saya masa itu !
erm ,tanpa berfikir panjang saya terus menjerit sekuat hati ''pakcik2 ! berhenti !'' orang sekeliling memandang pelik sangat dekat saya . Dekat kepala penumpang bas CityLiner tuhh semua ada ??? hahahahahahaha :D semua orang tertanya dan terkejut ..kenapa tiba2 saya jerit macam itu ...waaaa ~ pakcik bas itu dah la india ! cakap bahasa melayu dia tak paham . Saya terus ubah bahasa .. saya jerit ''Uncle STOP ! my BAG !'' dengan serta merta uncle itu pun memberhentikan bas yang dipandunya. Pintu bas terbuka dan saya masih dalam keadaan panik lagi !dan tak tahu nak buat apa ..kawan saya Fitrah (bukan nama sebenar) menyuruh saya mengambil beg yang telah tertinggal nun jauh di belakang sana ! Ya Allah ,pada masa itu perasaan malu kian menyelubungi diri dan terpaksa diri ini menebalkan muka .. Saya lantas turun dari bas dan lari untuk mendapatkan semula beg yang tercicir itu . Sejurus sahaja mengambil beg, saya terus masuk ke dalam bas dan terus mendakap kaki kawan saya iaitu Izzatie (bukan nama sebenar) . Satu bas tengok saya ! huh ~ sabar2 ...erm , ending ??? malas lahhh ! teka lahh sendiri ! penat dahh tangan nie :)